RSS
Write some words about you and your blog here

Pesan buat Adik..

emm...sp yg rs diri die adik, bleh la bace, =) . pesanan ni aku dpt dr abg ipar aku ms ak g sabah cuti hr tu..ustaz kodin (pggln manja dr mak aku..huhu)..die bg satu folder tazkirah!~ aduh, ni nak perli aku ke hape.dah la die kate aku xmcm ustazah..ye la aku pn jwb la.."fleksibel bang din"..(menjawab je tau,heh)


ustaz kodin, kak ita, asyraff, afiff, aqiff =)


so,psnn ni aku tujukan utk aku, kwn2 aku dan semua2 la, sesape je.mn yg baek, jd kan tauladan yg buruk jadikan sempadan.kdg2 bace tersentap gak ngn ayat2 nye,ye la aku kan adek.. ntah die dpt dr mn, mybe ayt2 nye ade yg dh korg pnh bace..tp bce gak, xkire...


Ini pesan pada adik adikku yang lahir dalam keluarga dakwah.
Bahawa setelah semua itu .

Di bahu kalian terletaknya hak hak dakwah.

Hak dakwahmu .
Hak dakwah orang tua mu .
Hak dakwah dakwahmu .

Semoga Allah memudahkan kalian ketika cinta itu benar benar datang.
Semoga kalian tidak menjadi fitnah untuk dakwah itu send
iri.

Ingin aku berpesan kepadamu sebagaimana pesan Nabi Musa pada kaumnya.
(Yunus (10): 84-86)

Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepad
a Allah, hendaklah
kamu bertawakkal kepadaNya, jika aku orang Islam (patuh
)." Sahut mereka:
"Kami telah bertawakkal kepada Allah, Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan
kami fitnah bagi kaum yang zalim. Dan lepaskan lah kami dengan rahmatmu
dari kaum yang kafir."

===================================

Assalamualaikum

Adik,
Hahahahahaha .
Aku lupa adik aku kini sudah semakin dewasa.
Tak aku sangka secepat itu Allah mencampakkan rasa cinta di hati adik.
Maafkan aku . selama ini, lupa bertanya tentang itu.



Adik,
Bertenanglah . jangan menggelabah .
tonjolkan ketenangan dan ke"gentleman"an adik.
(kalau perempuan ape ek ?)

Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu di hati adik.

. dan .
sejak adik sedar kehadiran cinta itu di hati adik.

Pertamanya . ucapkanlah Alhamdulillah.
Itulah fitrah yang suci yang benar yang Allah berikan pada setiap
manusia.

Sekarang adik sudah merasakannya.

Wal'iyazubillah . kalau cinta itu tidak suci apatah lagi tidak benar.
Na'uzubillahi min zalik.

Adik,
Nah sekarang .. Cabaran utamanya ...
bukan bagaimana hendak menyatakan rasa cinta itu pada cinta adik.
(Kacang je tu .budak tadika pon boleh buat)

Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Allah itu tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik.
Pada masa yang sama .
Allah tidakkan akan meletakkan cinta yang sama pada yang bukan berhak.

Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah .

bagaimana adik meletakkan cinta itu setelah Cinta Allah dan Rasul.
Bagaimana adik mendahulukan Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu.

Adik,
Aku ingatkan .
keinginanmu,melihat .bercakap .
bukanlah suatu yang halal

kecuali setelah terjalin ikatan yang sah
antara kalian.


(sekadar gambar hiasan.p/s: tq 4 d owner, i do love this pic)


Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah.
Cubalah jauhi semuanya.
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul.
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul.


Adik,
Bertaqwalah kepada Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik.
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu.
Dan Allah juga berkuasa mengubah cinta itu menjadi benci.

Adik,

Ketika adik tahu cinta itu dari Allah.
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah.
Kembalikan ia kembali kepada Allah.

Biarlah Allah yang menjaga cinta itu.
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu pada yang berhak.

Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir.
Bajai cinta itu dengan Quran.
Bentengi cinta itu dengan istighfar.
Semoga tumbuh pohon sakinah.

Semoga lahir buah mawaddah untuk adik dan juga cinta adik.
Semoga lahir zuriat qurrata a'yun.




Adik,
Aku ceritakan kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki.
Aku ceritakan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita.

Ketika di madinah .
Fatimah berkata kepada Ali,
"Dulu di mekah ada seorang lelaki yang aku sangat cinta padanya."
Ali berkata kepada Fatimah,
"Lalu, apakah kau menyesal berkahwin dengan aku?"
Fatimah menjawab,
"Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau."



Adik,
Aku ajarkan satu doa.

ALLAHUMMA INNA NAS_ALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAY_YUHIBBUKA
WA HUBBA AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.

Ya allah aku mohon cintaMu,
Dan cinta orang orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.

Allahumma innaka ta'lam tsummallahumma_ghfirr.
Wassalamualaikum warohamtullahi wabarakatuhu.



2 comments:

Nur Baiti said...

~ aku jugak x nampak mcm ustazah.. x layak pn rasanya..huhu..~
tp slagi mampu, bleh blajaq kan..walaupun x byk, yg penting dapat..ehehe..

m y f i n g e r t i p said...

emmm..ustzh xprlu dilihat pada jubah dan tdg labuh~

Nur Baiti said...

~ aku jugak x nampak mcm ustazah.. x layak pn rasanya..huhu..~
tp slagi mampu, bleh blajaq kan..walaupun x byk, yg penting dapat..ehehe..

m y f i n g e r t i p said...

emmm..ustzh xprlu dilihat pada jubah dan tdg labuh~

Post a Comment