Ada 4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lain lebih baik:
•Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik,
•Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik,
•Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik,
•Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itu lebih baik
Will you be there when I'm down,
And catch me when I fall?
Will you hold me when I need
To feel the warmth of your touch?
Will you laugh when I laugh,
And cry when I cry?
Will you let me rant and rave,
When I need to let off steam?
Will you discuss those painful things, That you'd rather not think about?
Like the times we've hurt each other,
And promised would never do so again?
Will you say the right thing,
When all I've heard is the wrong?
And tell me soothing words,
That make the pain I feel subside?
Will you understand me when I say, "I can't see you now, go away"?
Will you come back when I call,
As if nothing happened at all?
If you'll do these things for me,
And keep smiling all the way.
If you'll be with me through the bad times,
As well as the good.
Then truly you are my friends,
My pal, my mate and my confidante.
And that means so much to me.
I thank you dearly, for being there,
You, My Friends...
Salam.. time2 ujan kat masjid.. ttbe tringat plak zmn2 kat Kisas dulu.. katsurau Muqarabin.. surau yg xpernah sunyi dr manusia yg bersujud.. suara membacakan firman Allah.. suara memberi pengisian rohani
betapa berharganya waktu itu.. kalau boleh kembali akanku kembali.pasti~!
di situ, aku belajar sesuatu di situ, aku x pernah jemu di situ, ukhuwah kami berpadu di situ, tanganku menadah sayu di situ, hatiku dekat padaMu.. ya, di situ..SURAU AL-MUQARABIN.. tempatku mengutip ilmu-MU...
aku teringat semula kata2 senior dlu..
"adik2 bumi waqafan..kutiplah mutiara2 yg ada disini.." [ayat ni mmg femes la... akan dkng smpai bila2 oleh stdnt kisas]
ada ayt lain plak..
"dugaan di dlm xsm dgn dugaan di luar, biah lua xsm dgn biah dsini. terpulang pd kamu bgaimana nk kwl diri"
ms dorg ckp ni xrasa ape pn.. hingusan lg la katekan.. xtau pn camane realiti dunia luar now, yes.. i really2 feel it.really~!!
memang xde satu biah pn yg boleh lwn biah di kisas really on the top even Maktab Perguruan Islam sndiri.. beza..sgt berbeza..YES! DIFFERERENT!!~ terutama sms zmn Kolej Islam Malaya
mmg btul, kalau bkn kita yg menjg hati jg tingkah laku kat dunia luar ni who will do 4 u..?? seriously, mmg bsr dugaan luar berbanding duduk kat kisas nuu..
kat sn, semua terjaga, pergaulan, percakapan, perbuatan, amalan harian, mathurat, al-mulk qiam, tahajud... ada yg sntiasa mngingatkn berulang2 kali ada yg memerhatikan.. ada yg mnjdi pndorong, inspirasi ada shbt2 di sisi..
but now...?? in reality i ve to do on my own jd pemerhati diri jd pendorong diri jd pengawal tgkh laku jd penjaga tutur bicara
xde sp nak tegur... xde sp nk bg tzkirah setiap hari kt kls xde sp nk bg teguran ms mgrb isyak...... mcm yg salu akak2 buat dulu
yg slalu muslimin bising
"muslimat, ana dgr ad yg..bla3.."
kat sini dah xde mcm tu.. masing2 buat hal masing2 msg2 ada tugasan sendiri
bkn senang nak mengekalkn biah itu dlm diri ni.. sgt2 susah. psti krna diri sndiri mgkn jg situasi.. kerana diri ini hnya seorg yg lmh seorang wanita di akhir zmn.. pnya cita2 menjadi solehah...
siapa xknl Kolej Islam.. suatu ms dahulu melahirkan ramai para ulama', para cendiakawan akanku cuba menjadi manusia bguna mungkin bkn skrg, tp akn dtg.. doakan smoga, matlamat penubuhan kisas menjadi satu barah dlm jiwa ini!! biar ia merebak~ biarkan...
sedih melihat generasi kisas skrg terutamanya diri ini.. lemah, lesu, layu..longlai ke mana golongan pemikir2 yg seperti dilahirkan oleh Kolej Islam Malaya.. Kolej Islam Klang..
Bangga dgn mereka!!~ lepasan KIM,KIK dan KISAS yg berjiwa kental Bangga dgn mereka yg kekal bagaimana mereka di dlm begitu jualah mereka di luar malah lebih hebat lg.. Subhanallah..
semoga kekuatan dalaman mereka dpt menyuntik sedikit sebanyak smgt diri ini utk lbh maju dan menjadi lebih baik.. aku cuba menjadi seperti mreka biarlah walau 0.5% sekalipun Aku cuba...
bgtu byk yg ingin dikongsi.. tp setakat ini dahulu..
moto kisas, dulu kini dan slamanya " فاستقم كما أمرت "
saya tinggalkan lirik lagu "Kembara" yg slalu dinyanyikan setiap kali selepas solat taubat.. tipulah sesiapa yg tidak mengalirkan air mata pada waktu itu semasa menyanyikan lagu ini lihat betapa lembutnya hati ketika itu... renungkan...
"KEMBARA"
Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri.. tanpa sedar dan penuh lalai usia beredar penuh kejahilan dan kemusnahan...
mengembara mencari dunia hakiki tiada jumpa arah yang sejati tiada pembimbing penunjuk jalan yang sunyi hidup terumbang-ambing sendiri sendiri...
Tuhanku dengarlah bicara hati ini dari ku insan sering tersisih di lautan penuh dosa dan noda demi mencari secebis kasihmu..
Tuhanku tangan ini menadah sayu kemapunan di perjalanan jauh semoga diterima disisi Mu sebagai bekalan negeri abadi
menempuh sayu, perjalanan pahit dalam kembara mencari diri mengharap sinar terangi hati yang sekian lama menutup jiwa
Bagi yang sudah berkahwin, yang bakal berkahwin,
bakal bergelar seorang isteri atau seorang suami..
Ia juga sebagai renungan, peringatan dan penghayatan
untuk diri sendiri yang hanya
seorang wanita akhir zaman, punya cita-cita menjadi solehah…
Tergerak hati untuk berkongsi post ini
bila melihat betapa sucinya sebuah perkahwinan
yang telah dan bakal dibina…
Walaupun selalu ayat2 seperti ini telah dibaca,
namun, diharap perkongsian ini sedikit sebanyak
mampu membuka mata dan minda kita tentang
tujuan dan matlamat pembinaan Baitul-Muslim ini
Ketahuilah olehmu bahawa..
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Untuk para suami…
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok
berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan
menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
Untuk para isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal
kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang
sabarlah memperingatkannya..
(gambar hiasan~ what a nice pic :)
Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis
andai diri tidak sehebat Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah
Semoga perkongsian ini dapat membuka minda semua
termasuk diri ini bahawa tiada siapa yang lebih sempurna melainkan Allah..
Dan semoga Baitul-Muslim yg bakal dibina nanti.
Asasnya kukuh. Matlamatnya utuh dan penaungnya ALLAH…
Semoga hati ini sentiasa dalam kawalan-Nya dan Cinta-Nya
Nor Ain Mohamad Kastolani
menuntut di Institut Perguruan Islam. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Islam..Ustazah? Insya-Allah..:)
simple.happy.fmly n fren first :)
hanya seorang wanita akhir zaman
punya cita-cita menjadi solehah.^^v