Antara cinta dan persahabatan,
Andainya aku diberi pilihan
Untuk memilih antara kedua-duanya
Akan kupilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai
Dalam hidupku…
Cinta,
Adalah satu ungkapan
yang belum pasti akan keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya akan merentap kedamaian
jiwa seorang pencinta setia
tatkala ikatan diundang kekecewaan…
namun, ia tetap betah menjemput
setiap jiwa yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
tak terukir dengan bicara dibibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan Illahi
lahirnya dari hati seorang insan
berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan
persahabatan,
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas bagi berkongsi
tangis, tawa, kasih sayang dan keakraban
sesungguhnya sahabat adalah
tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini
persahabatan yang mengenal suci
adalah sebuah perhubungan
disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
Teman yang budiman,
mengertilah maksudku ini,
sesungguhnya apa yang tersimpul
dihati kecilku…..
semenjak perkenalan kita…
kita bina tugu persahabatan
yang dipagari besi kedewasaan
yang teguh berdiri megah di laman hati kita
tak tumbang dek rintangan
tak roboh dek dugaan..
cinta dan persahabatan milik setiap insan
yang punya jiwa, hati dan perasaan ;)
sofea_alhareez@yahoo.com-
0 comments:
Post a Comment