RSS
Write some words about you and your blog here
Showing posts with label baitul muslim. Show all posts
Showing posts with label baitul muslim. Show all posts

Sudikah kau menjadi Makmum di setiap solatku..




Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"



Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM
di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu, menemanimu
membelamu, menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana kau memang pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga telah memilihku kerana petunjuk RABBI
"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~


created by me : Ain_kastolani ~mastermind~ ^_^ v

BAITUL-MUSLIM..

Assalamualaikum..
 
Sebuah perkongsian dan renungan untuk semua..
Bagi yang sudah berkahwin, yang bakal berkahwin,

bakal bergelar seorang isteri atau seorang suami..
Ia juga sebagai renungan, peringatan dan penghayatan

untuk diri sendiri yang hanya
seorang wanita akhir zaman,
punya cita-cita menjadi solehah…

 


Tergerak hati untuk berkongsi post ini
bila melihat betapa sucinya sebuah perkahwinan
yang telah dan bakal dibina…
Walaupun selalu ayat2 seperti ini telah dibaca,

namun, diharap perkongsian ini sedikit sebanyak
mampu membuka mata dan minda kita tentang
tujuan dan matlamat pembinaan Baitul-Muslim ini
 
Ketahuilah olehmu bahawa..
 
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Untuk para suami…
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah 
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita- cita menjadi solehah...
 
Pernikahan atau perkahwinan

mengajar kita ke
wajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya..
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok

berhatilah meluruskannya..
 
 
Pernikahan atau perkawinan

menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. 
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
 
Untuk para isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun 
Segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
cita cita membangun keturunan yang soleh...
 
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal

kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang

sabarlah memperingatkannya..
 


(gambar hiasan~ what a nice pic :)




Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...


Justeru itu wahai para suami dan isteri
 
jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah 
andai diri tidak semulia Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf 
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis 
andai diri tidak sehebat Sulaiman dan 
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim 
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah 
 
 

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda semua

termasuk diri ini bahawa tiada siapa yang lebih sempurna melainkan Allah..

Dan semoga Baitul-Muslim yg bakal dibina nanti.

Asasnya kukuh. Matlamatnya utuh dan penaungnya ALLAH…

Semoga hati ini sentiasa dalam kawalan-Nya dan Cinta-Nya

Cintailah Dia kerana Dialah Pencipta Cinta ;)