RSS
Write some words about you and your blog here

"Atok, kenapa kita baca Al-Quran??"




Mengapa kita membaca Al-Quran? Apa yang tersirat disebaliknya? Lebih-lebih lagi jika kita tak mengerti satu perkataan arab tunggal pun?


Ini adalah sebuah kisah yang indah… Seorang Muslim tua hidup di sebuah pergunungan dengan cucunya yang masih kecil. Setiap pagi datuk itu bangun lebih awal dan duduk di meja dapur membaca Quran-nya. Cucu lelakinya ingin sekali menjadi seperti datuknya dan cuba untuk menirunya dalam cara apapun semampunya.



Suatu hari cucu bertanya,

"Datuk!
saya cuba untuk membaca Quran seperti datuk tapi saya tidak memahaminya, dan apa yang saya fahami saya lupakan sebaik sahaja saya menutup Al-Quran. Apa sebenarnya kebaikan dari membaca Quran yang saya lakukan ini? "

Datuk duduk diam sambil tersenyum kemudian bangun dan meletakkan arang batu di tungku dan
menjawab,

“Bawa keranjang (bakul raga) arang batu ini ke sungai dan bawakan pulang untuk datuk sekeranjang air. "



cucu itu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya, tetapi semua air habis menitis sebelum tiba di hadapan rumah. Datuk tertawa kecil dan berkata, “Kamu perlu memindahkan air dengan lebih cepat, pergi ke sungai itu dan cuba sekali lagi.”


Kali ini cucu itu berlari lebih cepat, tapi sekali lagi bakul itu kosong
sebelum ia kembali ke rumah.
Kehabisan nafas, dia mengatakan bahawa mustahil untuk membawa air di dalam bakul raga, lalu ia mengambil setimba air sebagai gantinya.


Orang tua itu berkata,

“Aku tidak ingin setimba air, aku ingin sekeranjang air. Anda tidak berusaha dengan cukup keras!” dan dia pergi ke luar pintu untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi.


Pada saat ini, cucunya tahu bahawa hal itu mustahil, tetapi dia ingin datuknya melihat sendiri bahawa meskipun dia berlari secepat yang mungkin, airnya akan tetap bocor sebelum tiba kembali ke rumah. Cucu itu mencelupkan lagi bakul ke dalam sungai dan berlari dengan pantas, tapi ketika dia sampai di hadapan datuknya, bakul itu masih kosong. Dengan nafas yang tercungap-cungap, dia berkata,


“Lihatlah datuk,sia-sia saja!"



"Jadi, kau fikir itu sia-sia?"


Orang tua itu berkata lagi, "Sekarang lihatlah bakul itu."


Cucu itu melihat bakulnya dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa bakul itu berbeza. Bakul raga berisi arang batu yang pada awalnya tadi kotor dan hitam sekarang menjadi sangat bersih, luar dan dalam..


“Cucuku, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Quran. Anda tidak boleh memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, di dalam mahupun di luar tanpa kamu sedari... Itulah kerja Allah dalam hidup kita. Berpegang teguhlah dengan kitab-Nya. Percayalah pada mukjizat dari Maha Esa "

1 comments:

Surau Al-Ghafur said...

dh baca banyak kali pun entri ni tp ttp beri semangat untuk tambah baik diri ana tuk terus berdamping dgn Quran..

Surau Al-Ghafur said...

dh baca banyak kali pun entri ni tp ttp beri semangat untuk tambah baik diri ana tuk terus berdamping dgn Quran..

Post a Comment