Ibu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
KENAPA IBU..?
.......................................................................................
YA ALLAH...
lindungi aku daripada semua ini
jadikanlah diriku, diri yang terpelihara dlm jagaan-MU
Sampaikan jodohku, jodoh yg membawaku kepada-MU
kurniakan zuriatku, zuriat yg halal...
Aku memohon sepenuh perlindungan dari-MU YA ALLAH.lindungi aku, lindungi keluargaku, lindungi rakan-rakanku, lindungi kenalanku, lindungi seluruh umat islam dari mendapat kemurkaan-MU ini....AMIN....
lihatlah betapa jatuhnya akhlak umat islam sekarang
di sana sini, berita pembuangan bayi, zina berleluasa
anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa
ke mana hilang sifat keperimanusiaan mereka
sungguh hampir menitis air mata pertama kali sy membaca artikel yg dihantar oleh rakan kepada saya melalui email
bayangkan....jika benar, anak kecil ini meluahkan rasanya begini
tidakkah terdetikkah sedikit pun rasa sayang di hati mereka??
ke mana percikan AR-RAHIM (penyayang) dr ALLAH yg tlh dikurniakan ke dlm diri setiap wanita ini?
ya, nafsu menguasai manusia..mereka biarkan nafsu menjadi raja
sungguh mereka menempah jalan kebinasaan sendiri...nauzubillah..
*Kepada rakan-rakan di luar sn, tegurlah sy, seandainya saya melakukan kesalahan walaupun sedikit.Nasihati sy jika sy terlupa. Marahlah saya!! jika sy tidak lagi berada di atas jln yg benar...Sesungguhnya sy hanya seorang wanita akhir zaman. iman hnya senipis kulit bawang, bahkan lebih nipis lg..bantu sy hamba yg hina ini, dan mari bersama saya mencari REDHA ALLAH..*